| |
LATEST: |
|
|
| Berita
Harian, Jumaat 23 March 2007 (CP) |
|
|
YPC-iTWeb lahirkan 131 siswazah IT
|
|
|


|
|
|
|
|
| Utusan
Malaysia, Khamis 4 Ogos 2005 (Dalam Negeri) |
|
|
Lawatan Cherie Blair eratkan Kolej YPC, Liverpool
JMU
KUALA LUMPUR 3 Ogos: Lawatan akrab isteri Perdana Menteri
Britain, Cherie Blair baru-baru ini mengeratkan lagi
hubungan antara Kolej Yayasan Pendidikan Cheras dengan
Liverool John Moores University (JMU).
Pengerusi Kolej YPC, Senator Datuk Syed Ali Al-Habshee
memberitahu, kolej itu telah menandatangam Memorandum
Persefahaman (MoU) dengan disaksikan oleh Cherie selaku
canselor universiti itu, baru-baru ini.
"Kami ingin mengadakan program berkembar peringkat
ijazah di bidang Pengurusan Teknologi e-Perniagaan bersama
JMU." Hubungan kedua-dua pihak sangat akrab dan
kami mempunyai rancangan yang lebih besar di masa akan
datang, katanya.
Sempena dengan perjanjian itu, JMU dan Kolej YPC telah mengadakan majlis meraikan Cherie
yang turut dihadiri oleh isteri Timbalan Perdana Menteri,
Datin Seri Rosmah Mansor, minggu lalu.
Program itu merupakan salah satu acara yang diaturkan
sepanjang lawatan sosial beliau ke negara ini.
Turut hadir pada. majlis itu ialah Menteri Pengajian
Tinggi, Datuk Shafie Salleh dan Pengarah Jabatan Pelajaran
Kuala Lumpur, Noor Rezan Bapoo Hashim.
|
|
|
|
|
Utusan
Malaysia, Khamis 14 Julai 2005
(Keluaran Khas IPTA/IPTS) |
|
YPC, JMU tawar program ijazah
YAYASAN Pendidikan Cheras (YPC),
ketua, sebuah dana yang ditubuhkan atas inisiatif
UMNO Bahagian Cheras dan diluluskan pendaftarannya
pada September 2000, telah dilancarkan secara rasmi
oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad
pada 23 Ogos 2001.
Sebagai sebuah pertubuhan yang tidak berorientasikan
keuntungan, YPC berusaha mernbantu pelajar-pelajar
miskin dan tidak berkemampuan di bawah Program Sekolah
Angkatnya. Sehingga kini, yayasan yang dipengerusikan
oleh Datuk Syed Ali Al-Habshee itu mengarnbil kira-kira
35 buah sekolah angkat di sekitar kawasan Cheras.
Antara program yang dijalankan oleh YPC bagi meningkatkan
kuahti pendidikan termasuklah mewujudkan Anugerah
Guru Bestari, menganjurkan kursus-kursus motivasi
untuk guru dan pelajar, mernberi insentif kepada pelajar
cemerlang di dalam peperiksaan.
Selaras dengan objektifnya, iaitu untuk mewujudkan
peluang pendidikan kepada pelajar yang berkelulusan
sederhana pada kos yang minimum bagi membolehkan mereka
melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, YPC
menubuhkan Kolej Teknologi YPC-iTWeb (Kolej YPC).
Misi kolej berkenaan
adalah untuk melengkapkan para pelajar dengan pelbagai
ilmu , kemahiran dan hubungan yang diperlukan untuk
tampil berdaya saing dengan dunia clan alam pekerjaan.
Di samping itu, kolej itu juga aktif dalam menyumbang
bantuan kepada masyarakat awarn, dengan memperkenalkan
tawaran biasiswa pelajaran Tan Sri Syed Abbas
Alhabshee yang bernilai RM100,000 kepada pelajar yang
layak dan memerlukan.
Sejak lima tahun penubuhannya, Kolej YPC menawarkan
kursus-kursus menarik di peringkat sijil (Pembantu
juruteknik Sistem Komputer dan Penibantu Tadbir Sistem
Maklumat) mahupun di peringkat diploma (Teknologi
Maklumat Perniagaan).
Dalam usaha untuk menyediakan dan meningkatkan pendidikan
berkualiti kepada pelajar, Kolej YPC secara rasmi
menanclatangani memorandum ersefahaman (MoU) dengan
John Moores University of Liverpool (JMU). melalui
usaha sama program berkembar peringkat ijazah di bidang
Pengurusan Teknologi e-Perniagaan pada 5 Mac lalu.
Program itu dilihat sebagai memantap dan meningkatkan
standard kursus pengajian yang ditawarkan.
Kursus tersebut dapat diikuti oleh para pelajar kolej
selepas tamat pengajian diploma atau pelajar lulusan
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan A Level.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Shafie Mohd. Salleh
yang turut menyaksikan majlis berkenaan secara peribadi
melahirkan rasa kagum dengan objektif penubuhan kolej
tersebut yang amat komited dan berdedikasi dalam membantu
kerajaan di dalam institusi pendidikan. Untuk maklumat
lanjut mengenai YPC atau Kolej YPC-iTWeb sila layari
laman web www.ypc.org.my atau www.kolejypc.edu.my.

|
|
| |
|
|
|
|
|
|
Utusan
Malaysia, Isnin 21 Mac 2005 (Dalam Negeri)
|
|
|
|
| 100
Pelajar Perintis YPC-iTWEB terima diploma
KUALA, LUMPUR
20 Mac -Seramai 100 pelajar perintis Kolej Teknologi
Yayasan Pendidikan Cheras (YPC)-iTWeb menerima diploma
Teknologi Maklumat bagi Perniagaan dan Pengkomputeran
masing-masing hari ini.
Diploma itu disampaikan oleb. Pengarah Pembangunan Korporat
James Watt College for Further and Higher Education,
Scotland, Jim Corrigan di Majlis Konvokesyen di Hotel
Maluri,Cheras di sini.
Turut hadir pada majlis itu adalah wakil YPC, Datuk
Yahya Abd. Jalil; Ketua. Pegawai Eksekutif Kolej berkenaan,
Dr. Noel Robert; Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Norizan Bapoo Hashim dan Timbalan Ketua
UMNO Bahagian Cheras, Mahadi Abd. Syukur.
Semasa berucap pada majlis itu, Yahya mengingatkan graduan
supaya jangan terlalu memilih kerja terutama dalam abad
ke-21 yang penuh dengan pelbagai cabaran dan rintangan.
Katanya, kadang kala kesesuaian kerja akan datang dengan
sendiri setelah graduan mencabar diri sendiri untuk
melakukan kerja yang di luar keupayaan diri.Beliau yang
juga merupakan Pengurus Besar Gerbang Perdana Sdn. Bhd.
berkata, peluang pekerjaan sebenarnya terbuka luas kepada
para graduan terutama dalam sektor pembinaan.
Justeru itu katanya, graduan tidak seharusnya segan
untuk memulakan kerja sebagai buruh kerana. sektor berkenaan
turut menawarkan gaji yang lumayan setaraf dengan pekerjaan
lain.

|
|
|